Kejayaan lanjut Soviet: Haiwan hidup di angkasa Perlumbaan Angkasa

Haiwan di angkasa

Fail:Laika first living being in space.jpgLaika menjadi benda hidup pertama di orbit melalui Sputnik 2

Secara teknikal, lalat buah yang dilancarkan oleh A.S. menggunakan roket V-2 yang ditawan dari Jerman pada 1946 menjadi haiwan pertama di angkasa. Mamalia pertama dihantar ke orbit, adalah seekor anjing bernama Laika yang mengembara di dalam Sputnik 2 kepunyaan Soviet pada 1957. Malangnya anjing ini telah mati sebaik sahaja tiba di angkasa lepas akibat tekanan dan "kepanasan melampau". Walaupun begitu, pada 1960 dua ekor anjing Belka dan Strelka berjaya mengelilingi dunia dan pulang dengan selamatnya. Pihak Soviet juga telah berjaya menghantar beberapa ekor kura-kura mengelilingi bulan melalui roket Zond 5 pada bulan September 1968. Manakala pihak Amerika pula telah mengimport beruk dari Afrika, dan menghantar dua ekor beruk ke angkasa lepas sebelum menghantar manusia pula. Selepas itu, para saintis telah menggunakan haiwan tersebut serta keturunannya sebagai bahan kaji selidik bio-perubatan. Hanya pada akhir 1990-an selepas bantahan daripada orang ramai, haiwan tersebut dibebaskan ke dalam hutan.

Manusia di angkasa

Yuri Gagarin seorang angkasawan Soviet merupakan manusia pertama memasuki orbit dengan menggunakan roket Vostok 1 pada 12 April 1961, satu hari bersejarah yang masih diraikan di Rusia dan beberapa negara lain. 23 hari selepas peristiwa itu, Alan Shepard pula menyusul sebagai angkasawan AS yang pertama ke orbit dalam misi Freedom 7. Hampir setahun kemudian iaitu pada 20 Februari 1962, angkasawan John Glenn, dalam Friendship 7, telah menjadi rakyat Amerika pertama mengelilingi bumi.

Penerbangan pertama bagi krew dengan dua orang angkasawan juga berasal dari Soviet pada 11 Ogos-15 Ogos, 1962. Angkasawan wanita dari Soviet, Valentina Tereshkova menjadi wanita pertama ke angkasa pada 16 Jun 1963 dengan roket Vostok 6. Korolev pada asalnya dijadualkan untuk misi Vostok lain dengan jangka waktu yang lebih panjang, akan tetapi dengan pengumuman program Apollo, Premier Khrushchev menuntut lebih banyak "yang pertama". Penerbangan pertama dengan anak kapal melebihi seorang dilakukan oleh Voskhod 1 Soviet, sebuah versi ubahsuai dari kapal angkasa Vostok, telah berlepas pada 12 Oktober 1964. Penerbangan ini juga menandakan buat pertama kalinya anak kapal tidak memakai sut angkasa.

Aleksei Leonov, dari Voskhod 2, yang dilancarkan oleh Soviet pada 18 Mac 1965, telah melakukan jalan angkasa buat pertama kalinya. Misi ini hampir berakhir dengan malapetaka apabila Leonov hampir gagal kembali semula ke kapsul dan, disebabkan kuasa enjin balikkan yang lemah, kapal ini mendarat 1000 batu (1600 km) daripada sasaran. Pada waktu ini, Khrushchev telah meninggalkan pejabat manakala kepimpinan baru Soviet pula tidak memberi sepenuh usaha.

Rujukan

WikiPedia: Perlumbaan Angkasa http://www.deepcold.com/ http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.historyshots.com/space/timeline.cfm http://www.russianspaceweb.com/chronology_moon_rac... http://www.strangehorizons.com/2004/20040503/shado... http://www.thespacerace.com http://www.thespacesite.com/space/history/spacerac... http://www.nasm.si.edu/exhibitions/gal114/gal114.h... http://catalog.core.nasa.gov/core.nsf/0/a53411230b... http://www.hq.nasa.gov/office/pao/History/Apollomo...